Wednesday, March 21, 2012

Hati Kita Tiada Siapa Yang Ketahui .

Adakalanya berdiam diri itu lebih baik daripada bersuara . Kerana apabila bersuara, ia mampu memusnahkan sesuatu perhubungan, tidak kiralah bentuk apa pun perhubungan itu . Adakalanya menyimpan apa yang terbuku lebih baik daripada meluahkan , lebih baik dipersendakan daripada perkara kecil menjadi pergaduhan . Life, take it easy. Easy come , easy go . Lebih baik, itu yang terbaik .

Hati kecilku bersuara .


p/s : Semoga kau tidak terus hidup didalam kemegahan . Semoga kesedaran menghampiri dirimu :)

Monday, March 12, 2012

Dunia Baru .

Assalamualaikum . Fuhh datang jugak mood untuk mengemaskini status aku ni . Bukan main pemalas aku ni . Bukan apa internet pun susah . Oh ye ! Sekarang aku sudah berada di UiTM Shah Alam :D Impian semenjak sekolah lagi tahu ! Alhamdulillah .. dapat jugak aku jejakkan kaki ke sini . Takpela tak rezeki nak sambung law dapat course yang ada dekat Shah Alam ni pun dah ok . Masuk sini ramai yang nasihat aku agar tidak menjadi "culture shock" . InsyaAllah tak akan jadi seperti itu . Kalau diikutkan ramai yang aku lihat berubah . "Culture Shock" bukan hanya bertumpu pada segi pemakaian, tetapi juga dari segi pergaulan , perbuatan dan perangai . Awal awal lagi aku sudah hadapi perkara sebegitu . Tapi tak mengapa, itu bukan motif aku nak bercerita untuk entry pada hari ini. Aku agak terkejut juga apabila lelaki dan perempuan boleh menaiki motor sekali dalam kawasan kampus , penampilan wanita tak seperti di tempat lama aku dulu,macam macam lagi la . Cawangan dan induk berbeza bukan . By the way , aku seronok berada disini , dan untuk kesekian kalinya, aku sedikit batak mendapat lecturer berpangkat Doktor. Agak janggal memanggil doktor instead of Madam mahupun Sir . hehe . Aku banyak subjek berteraskan pengiraan ! Oh my Purple ! Aku dah lama tak berkira-kira ni . Lembab nak mengira la nanti . Dimana ada kemahuan disitu ada jalan bukan . Hopefully, aku boleh lalui semua itu , dan berjaya mendapat dekan setiap semester . Amin !


p/S : Aku dapat roomate orang Terengganu . Muka sebijik macam amoi . Rasa macam mak dia tertukar anak je masa kecik . Peminat Anime , Jpop dan Kpop yang tegar -.-

Monday, February 20, 2012

Umur Telah Berganjak dan Pelbagai Peristiwa .

Assalamualaikum w.b.t . Bukan taknak update blog ni , cuma aku keberatan dan bila tahap kemalasan mencapai maksimumnya, maka nafsu untuk meng-update blog hanya tinggal harapan . Maaf bahasa rojak Penang . Hari ini , 20 Februari aku telah berganjak setahun lagi . Happy Birthday to me :) Yess ! makin dekat nak kahwin ! makin segera perlu mencari calon . Ni kalau mantan presiden Kelab Pre-Law aku baca ni confirm dia akan cakap , "kalau tak cakap soal kahwin memang tak sah " . Nak buat macam mana Encik Kacak oi , nafsu nak kahwin melebihi segalanya . Eh dah hampir 5 bulan aku bercuti . Lama baq ang ! Duduk rumah memang membela la jawabnya . Hampir sebulan jugak la membela . Sebab sebelum ni aku bekerja . Dekat Shell tu kan . Cakap pasal shell , teringat peristiwa yang terjadi . Kisah kehilangan duit jualan aku sebanyak RM500 . Bukan sikit . Banyak sangat . Al kisahnya pada hari kejadian Aku bekerja seorang diri, kakak yang sepatutnya masuk shift tengahari tak hadir . Dia datang pada petang hari . Keesokan harinya pengurus aku telah memanggil aku dan memberitahu mengenai kehilangan wang tersebut . Saat itu hanya Allah yang tahu perasaan aku . Sebelum ni aku pernah juga bekerja disitu namun tiada apa pun yang berlaku . Aku mula menaruh syak wasangka terhadap kakak tu . Tapi aku tak mahu la perkara tu menjadi fitnah . Jadi aku diamkan sahaja . Aku pelik, dia melayan aku begitu baik . Sangat baik . Dia jugak ada menawarkan diri untuk bersama rakan sekerja lain untuk membantu membayar duit yang hilang tu . Aku terpaksa bayar walaupun aku tak tahu mengenai kehilangannya . Kalau ikut undang-undang pihak pengurusan syarikat tiada hak untuk menolak gaji aku disebabkan masa hilang, aku dah tutup shift, dan cctv menunjukkan aku telah pun membuat safe drop . Memang aku melenting . Tapi apakan daya aku tak mampu berbuat apa apa. Kuli . Aku hanya kuli . Siapa aku untuk bersuara . Secara diam aku mengumpul bukti . Sedikit sebanyak telah membongkarkan belang si kakak yang jika dilihat 'baik nak mampus' ! Dia banyak menipu budak budak baru . Contoh penipuan, dia mengatakan yang dia sudah bekerja hampir setahun . Walhal masuk sebulan awal ja dari aku . Dan aku ni sepatutnya senior dia . Tapi takpa , aku hormat sebab kakak . Orang ingat aku rapat dengan dia .Sebenarnya mereka silap . Itu hanya taktik untuk membongkar belang dia ja. Berbalik pada kehilangan RM500 tu selepas beberapa hari dia telah membeli telefon bimbit baru . Dia kata suami dia belikan , aku dah pelik . Sebabnya rumah dia umpama setinggan . Dia kata duit kereta dah 6 bulan tak berbayar . Dah nampak kat situ . Dia nak menipu aku . Silap besar la . Aku dah nampak macam macam penipuan dia . Tapi aku masih tak berani bersuara . Aku takut menjadi fitnah . Sehinggalah 3 hari selepas aku berhenti kerja , aku mendapat panggilan dari jiranku aka budak yang kerja dekat Shell jugak .Aku berhenti sebab kakak tu jugak, aku dah tak tahan dengan perangai dia . Dia bagitahu yang kakak tu telah dibuang kerja . Aku terkejut beruk la jugak . Apa sebabnya kan ? Rupa-rupanya sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga . Mengapa ? Supervisor kami telah mengesan dia melakukan penipuan , disebabkan satu botol minyak hitam yang tidak dicatatkan penjualannya, segala penipuan dia terbongkar . Dia telah void semua barangan dalam kedai . Maksudnya setiap customer yang membeli barangan didalam kedai, dia telah void, dan duitnya dia ambil . Padanlah aku pelik kenapa setiap hari dia pasti akan ada duit walaupun pada pertengahan bulan . Kereta tak berbayar 6 bulan tapi masih berani bawa . Pelik sangat . Supervisor aku cakap, jualan dalam kedai yang dia void setiap hari hampir bernilai ribuan ringgit, dicampur dengan apa yang dia lakukan setiap hari . Berapa ribu yang dia kena bayar agaknya . Supervisor membuat perjanjian yang dia perlu membayar semuanya ,jikalau tidak laporan polis akan dibuat . Apa la nak jadi dengan dia ni, ada anak 2 orang, bagi anak makan hasil duit haram . Macam mana la masa depan anak anak dia . Suami nya pulak joki kuda . Haram pekerjaannya . Duit hasil perjudian . Ya Allah , aku kesian sangat dekat anak anak dia . Aku harap sangat, lepas ni aku tak akan bertembung dengan nya . Mintak simpang . Itu yang aku nak elakkan saat ni buat si tikam belakang ! Once again, Happy Birthday to me :)

P/s : I'm going to Uitm Shah Alam soon . Harap harap boleh dapatkan result dean list every sem . Amin .